salji pink**

Monday, May 26, 2014

Review Bas Ekspress

Hi
Assalamualaikum

Dah lebih 2 tahun belajar kat alor setar ni, boleh kata dah banyak kali la jugak ulang alik naik bas ekspress
alor setar-seremban,  seremban alor setar.

So, sebagai seorang student yang prihatin..(hehe) , aku nak share la sikit review tentang bas ekspress yang aku rasakan servis dia tip top.

Tapi sebelum tu, aku nak kongsikan beberapa tips yang mungkin berguna untuk first timer guna perkhidmatan bas ekspress ni.

PERTAMA
-Terus ke kaunter untuk beli tiket bas.
Ada satu kes pernah jadi kat aku, sorang penjual tiket ni approach aku dengan kawan aku, dia tanya nak pegi mana dan pukul berapa. Mujurlah waktu tu kitorang perasan dia tengah nak tulis maklumat tu semua kat tiket yang dia pegang. Gaya dia macam memaksa. Then aku pun suruh kawan aku berhenti daripada layan pertanyaan orang tu, dan terus pegi kaunter tiket. So, girls, hati-hati naa!

KEDUA
-Haaa..Untuk keselesaan dan kemudahan korang,jangan beli tiket bas yang "free seat" . Untuk yang first timer naik bas, free seat tu maknanya 'tempat duduk tak ditetapkan'.  Aha! Bunyinya macam indah, tapi realitinya pahit.
Sebagai contoh, korang mungkin akan dapat tempat duduk yang kurang selesa, korang perlu berebut-rebut untuk dapatkan tempat duduk yang korang inginkan dan kemungkinan besar tiket yang korang beli ialah dari ulat tiket means tiket tipulah.

KETIGA
- belilah tiket bas dari syarikat bas yang dah sedia ada dikenali namanya. Contohnya, Sani Ekspress, Intercity, Etika and so on. Bukan apa, selalunya syarikat bas yang dah well establish ni, servisnya elok sikit dan diyakini keadaan basnya.

Ok. Maka, ini lah antara bas express yang aku rasakan tip top servis dorang..

1. Intercity( Bas yang paling kerap aku naik)

2. Pancaran Matahari ( sangat comfortable)

Hehehe. Yang lain-lain boleh explore sendiri haa.

1 comment:

  1. Tifa T Fal Titanium Pan – Made with 100% Cotton
    Made with 100% Cotton - Tifa T Fal Titanium Pan. titanium mokume gane Made with 100% Cotton. Tifa T Fal. Made with 2020 ford edge titanium for sale 100% Cotton. Tifa T Fal. titanium tv alternative Made with titanium cookware 100% Cotton. Tifa T Fal. Made with 100% Cotton. Tifa T Fal. microtouch titanium trim reviews Made  Rating: 5 · ‎3 reviews · ‎$24.99 · ‎In stock

    ReplyDelete